![]() |
This new page is currently undergoing modifications. The information presented should be considered a draft, not yet ready for use. Content is being prepared by one or more users. Do not make any changes before you post a message in this forum. |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Navigasi Pantas ke…
Komuniti Waze Malaysia | |
Forum Perbincangan | |
Mata dan Kedudukan | |
Peranan dan Tanggungjawab | |
Pementoran | Panduan Rasmi Pementoran |
Dokumentasi | Kawasan untuk dimajukan ● Malaysia/Checklist |
Waze merupakan aplikasi navigasi GPS berasaskan input daripada komuniti. Oleh itu, wajarlah terdapat sebilangan pengguna di Malaysia yang telah mewujudkan komuniti tempatan, sepertimana komuniti-komuniti lain di setiap negara.
Komuniti ini sangat aktif, saling membantu dan mengiktiraf sumbangan setiap ahli dan juga menerbitkan mekanisma pembelajaran bagi mereka yang ingin menyumbang secara langsung dalam penyuntingan peta.
Lokasi Perhimpunan Komuniti 
Selain daripada Wiki ini, anda juga boleh mengakses lebih banyak maklumat atau mendapatkan bantuan berkaitan Waze dengan menghubungi ahli-ahli komuniti tempatan di rangkaian sosial.
Pelbagai saluran komunikasi tersedia untuk anda …
Forum Waze
Waze mempunyai saluran Forum Rasmi menggunakan platform phpBB sebagai medan perbincangan di antara ahli-ahli komuniti Waze dari seluruh pelusuk dunia. Segala jenis topik berkaitan Waze akan dibincangkan di sini.
Akses ke Forum Rasmi Waze (Global) Akses ke Forum Rasmi Waze (Malaysia)Perlu dinyatakan di sini bahawa komunikasi secara global adalah dalam Bahasa Inggeris secara umumnya. Namun begitu, terdapat juga forum khas dalam Bahasa Malaysia.
Akses ke Forum Rasmi Waze (Malaysia) - Bahasa MalaysiaRangkaian Media Sosial
Anda juga boleh mengikuti dan mengambil bahagian dalam aktiviti komuniti Waze di rangkaian media sosial yang utama:
Akses ke halaman komuniti Waze Malaysia di Google+Akses ke halaman rasmi Waze Malaysia di Facebook
Akses ke kumpulan perbincangan komuniti Waze Malaysia di Facebook
Selain itu, terdapat juga kumpulan khas Facebook untuk ahli-ahli komuniti dari kepulauan Borneo (WP Labuan, Sabah, Sarawak & Brunei).
Akses ke Kumpulan komuniti Waze Borneo di FacebookTetingkap Sembang pada Penyunting Peta Waze (WME)
Bagi komuniti khas penyunting peta, terdapat satu tetingkap khas pada sebelah kanan bahagian bawah antara muka Penyunting Peta Waze yang mempunyai ciri mesej segera terbina dalam (dipanggil Chat atau Sembang) untuk bertukar-tukar mesej dengan cepat bagi sebarang perkara yang berkaitan dengan penyuntingan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam seksyen wiki Suntingan.
Mata, Pangkat dan Kedudukan 
Waze menggunapakai mekanisme yang ditetapkan untuk memberi ganjaran hasil sumbangan daripada pengguna kepada komuniti Waze. Ini diterjemahkan kepada anugerah pangkat dan kedudukan anda berbanding dengan pengguna lain di negara anda atau di seluruh dunia.
Lebih banyak anda memandu, lebih banyak anda menyumbang
Hanya dengan mengaktifkan Waze sewaktu pemanduan anda, ianya pasti memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling. Kelajuan anda sahaja (walaupun bukan dalam mod Navigasi) akan menyumbangkan maklumat yang sangat bernilai mengenai kesesakan aliran lalu lintas, dan untuk mengira laluan yang optimum kepada semua pengguna lain di kawasan anda.
Seterusnya, setiap jenis peristiwa yang anda lapor semasa dalam perjalanan, sama ada ianya satu kesesakan trafik, halangan di jalan raya atau keadaan jalan raya yang buruk, dan sebagainya, akan disiarkan kepada masyarakat sekeliling anda.
Setiap tindakan ini akan memberikan anda mata/skor, seterusnya peningkatan dalam kedudukan dan memberikan anda akses kepada paparan yang sedikit berbeza untuk icon mood anda pada peta Waze.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Untuk maklumat lanjut, lihat artikel mengenai Mata dan Kedudukan
Suntinglah Peta untuk Kemajuan Semua
Pemetaan juga merupakan satu cara untuk menyumbang kepada keberkesanan fungsi Waze dan mendapatkan mata ganjaran. Bagi mengelakkan peta daripada dirosakkan oleh penyunting yang kurang berpengalaman, komuniti Waze telah menerbitkan satu mekanisme berperingkat berupa kawasan suntingan yang akan meningkat keluasannya secara beransur-ansur, mulai pada kawasan kecil dan di jalan-jalan sekunder (di mana suntingan yang kurang cekap tidak mengakibatkan kerosakan yang besar pada kualiti peta) sehingga akhirnya berupaya untuk menyunting keseluruhan kawasan rangkuman negara Malaysia.
Maklumat lanjut tentang kawasan suntingan akan diperincikan dalam artikel mengenai Mata dan Kedudukan
Pengurusan Zon, Pementoran dan Peranan 
Bagi pengguna yang berhasrat menceburkan diri dalam pemetaan, atau melibatkan diri dalam komuniti Waze, ada beberapa kaedah untuk berbuat demikian.
Edition de la Carte
Oleh yang demikian, adalah tidak mustahil untuk anda mengambil alih sesebuah kawasan geografi dan menjadi Pengurus Kawasan zon tersebut. Saiz dan lokasi zon yang diberikan itu adalah bergantung kepada pengalaman penyunting.
Sehubungan itu, bagi membolehkan bakal Pengurus Kawasan untuk menguruskan kawasan mereka dengan cekap, maka satu Program Pementoran telah ditubuhkan. Penyunting baru akan dibantu oleh seorang penyunting yang berpengalaman sepanjang tempoh percubaan, di mana beliau akan dilatih tentang amalan terbaik penyuntingan. Bahagian terpenting dalam fasa ini ialah untuk menimba ilmu di wiki ini dan menajamkan kemahiran dalam penyuntingan.
Lain-lain peranan dan tanggungjawab dalam komuniti Waze adalah bergantung kepada aspirasi dan pengalaman penyunting. Perkara ini akan diperincikan lagi dalam artikel Peranan dan Tanggungjawab.
Pemimpin Waze Malaysia 
Berikut merupakan senarai ahli komuniti Waze yang bertanggungjawab di peringkat kebangsaan mengenai pengurusan komuniti Waze di Malaysia.
paulkok_my ![]() |
![]() ![]() |
---|
beliamuda ![]() |
![]() ![]() |
---|
damaultz ![]() |
![]() ![]() |
---|
kadyus ![]() |
![]() ![]() |
---|
Krixera ![]() |
![]() ![]() |
---|
kweeheng ![]() |
![]() ![]() |
---|
lion9966 ![]() |
![]() ![]() |
---|
eclectice ![]() |
![]() |
---|
CoolCityCat ![]() |
![]() |
---|